Ibnu Qayyim Al Jauziyyah berkata:
Pada hakikatnya, masa manusia adalah usianya. Masa juga boleh menjadi penekanan
kehidupannya yang abadi di dalam syurga, atau juga didalam neraka. Masa begitu
cepat berlalu hingga lebih cepat dari perjalanan awan. Selama masanya
dihabiskan kerana Allah s.w.t, maka masa itu adalah kehidupan dan usianya. Jika
dihabiskan selain kerana-Nya, maka dianggap tidak terhitung dari kehidupannya
dan ia menghabiskannya seperti kehidupan haiwan ternak. Apabila ia menghabiskan
masanya dalam kelalaian dan angan-angan belaka, maka kematian adalah lebih baik
baginya daripada terus hidup. Dari kitab Al-jawab Al-Kafi Liman Sa’ala ‘An
Ad-Dawa’I As-Syafi (1/09)
Petikan dari buku karya Muhammad
Ghassan Al Jabban Al Junaidi Al Husaini “ Sedarlah waktu itu singkat.”
Ini adalah masalah yang selalu
dihadapi oleh semua kita, terutama yang muslim. Kita leka tanpa sedar kita leka
dan tidak menunaikan tanggungjawab kita kepadaNya, kita alpa tanpa mengakui
yang kita alpa dan masih sombong akan apa yang kita ada, kita sedar tapi tanpa
mengambil apa-apa tindakan terhadapnya kerana berfikiran esok masih ada.
Sedarlah, waktu itu singkat. Kita alpa dengan nikmat KESIHATAN yang Allah
berikan kepada kita sehingga kita alpa untuk menjaga nikmat KESIHATAN yang itu.
Kita hanya terhegeh-hegeh berubat dan berfikir tentang kesihatan setelah nikmat
yang Allah beri itu telah ditarik sedikit demi sedikit ataupun setelah nikmat
SENTIASA SIHAT itu telah Allah tarik demi sedikit dari kehidupan kita. Dengan
beranggapan “Alah… normal la tu kita makin tua bukan makin muda”. Namun adakah
anggapan sebegini adalah penyebab kepada keDEGILan kita untuk menjaga
kesihatan. Kita alpa untuk bersyukur atas apa yang kita ada. Kita lupa untuk
BERBEKAM atas alasan berbekam itu bukan keperluan kerana kita masih sihat.
Keperluan BEKAM bukanlah untuk merawat masalah kesihatan sahaja malah keperluan
bekam adalah untuk menjaga dan memelihara nikmat kesihatan. Jika tidak masakan malaikat menyeru Rasulullah
supaya mengingatkan umatnya supaya berbekam pada peristiwa israk mik’raj.
Fikir-fikirkan untuk kebaikan DIRI kita sendiri. Wallahualam.
Untuk konsultasi PERCUMA sila hubungi
kami di HIJAMA SECRET;
Latif : 011 2155 4945
Najiha 018 310 6629
Like page kami di facebook :
Pusat Bekam Hijama Secret


0 comments:
Post a Comment