Teknik perubatan
bekam adalah suatu proses bagi membuang darah kotor (toksin atau racun) yang
berbahaya dari dalam tubuh melalui permukaan kulit. Toksin adalah endapan racun atau zat kimia
yang tidak dapat diurai oleh tubuh. Darah kotor adalah darah yang mengandungi
toksin atau racun yang menyumbat peredaran dah sehingga sistem peredaran darah
tidak dapat berjalan lancar.
Keadaan ini
sedikit demi sedikit akan mengganggu kesihatan, samada dari segi fizikal
mahupun mental. Akibatnya pesakit akan terasa lesu, murung, resah, ngilu,
pening dan sentiasa berasa kurang sihat, cepat bosan dan mudah naik angin.
Ditambah pula
dengan angin yang sukar dikeluarkan dari dalam tubuh, oleh yang demikian tubuh
akan mudah terkena penyakit mulai dari yang akut (penyakit yang muncul secara
tiba-tiba) seperti influenza sehingga penyakit degenerative (keturunan) seperti
angina ahmar, darah tinggi, kanser, kencing manis, malah sehingga mengalami
gangguan jiwa.
TOKSIN di dalam
tubuh manusia adalah disebabkan oleh:
1.
Pencemaran udara
2. Makanan fast food
yang mengandungi bahan kimia yang tidak baik untuk tubuh seperti pengawet,
pewarna, pati, perisa dan sebagainya.
3. Racun serangga (pestisid)yang
terdapat pada sayur-sayuran yang kita makan contohnya insektisida, fungisida
dan herbisida
4.
Tabiat buruk
seperti merokok, waktu makan yang tidak teratur, makan makanan yang tidak
seimbang, makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk, makanan yang terlalu
masam dll.
5. Ubat-ubatan yang
mengandungi bahan kimia yang boleh menyebabkan kerosakan kepada organ atau
mikrob yang normal dalam tubuh.
6. Keadaan darah statik
adalah antara penyebab toksin yang mana proses perjalanan darah tersekat.
Antaranya mungkin disebabkan oleh:
a. fizikal yang trauma akibat kemalangan, terjatuh,
mengangkat sesuatu beban yang sangat berat, penggunaan pakaian yang sangat
ketat sehingga menyebabkan peredaran darah tidak berjalan dengan lancar, mengikat
rambut dengan terlalu lama dsb.
b. Emosi yang tidak terkawal seperti selalu stress,
risau takut atau marah yang menyebabkan pengeluaran adrenal berlebihan yang
dapat membahayakan metabolism tubuh.
c. Diet yang tidak seimbang, kegemukan dan sering
sembelit juga merupakan antara sebab keadaan darah static berlaku.
Bekam merupakan
kaedah yang terbaik untuk mengeluarkan toksin dari badan kerana perubatan
konvensional menumpukan perubatan untuk penyembuhan dan menahan sakit , walhal perubatan
bekam bersifat membuang kekotoran dari dalam supaya sistem badan dapat
bertindak balas dan memberi kesembuhan kepada pesakit. In
shaa Allah.
Berbekam pada hakikatnya
bukanlah alternatif, namun berbekam merupakan perubatan berdasarkan sunnah
Rasulullah s.a.w yang mempunyai hikmah luar biasa dari segi khasiatnya. Namun begitu,
kita harus ingat bahawa penyembuhan penyakit adalah dari Allah Taala jua.
Wallahualam
Sumber dari buku
Manfaat Bekam bagi kesihatan dari Dr. Adil Akhyar LL.M terbitan Pustaka Azhar.







