Saya
mengenali kak yati melalui husband saya, husband saya dan husband kak yati
sekampung. Satu hari husband kak yati pm
fb husband saya bertanyakan ada buat bekam untuk wanita ke, isterinya nak bekam
sebab selalu sakit kepala dan migraine. Husband saya pun memaklumkan yang
isterinya yakni saya juga boleh membekam.
Kali
pertama membekam kak yati, kak yati request nak buat 10 cup sahaja dan 1 cup
untuk kepala kerana dia selalu migraine. Saya tanya kak yati, sebelum ni ada
pengalaman berbekam ke, dia cakap tak pernah. Selama ni kalau sakit dia hanya
tanggung sendiri dan makan ubat tahan sakit atau paling kurang pun makan
panadol. Satu papan panadol bermaksud 10 biji panadol boleh dihabiskan dalam
masa 3 hari sahaja. Kebergantungan terhadap panadol sangatlah tinggi disebabkan
tak tahan kepala yang selalu sakit. Ada masanya sakit kepala kak yati ni sampai
menggangu masa tidur. Angin yang banyak dalam badan juga menyebabkan kak yati
kerap kali terjaga malam kerana muntah angin.
Kali
kedua berbekam saya ada bertanyakan kak yati adakah penyakit migraine dah
beransur pulih. Alhamdulillah kata kak yati migraine yang menyerang kak yati
sebulan yang lepas dah berkurangan. Kak Yati juga ada mengatakan kalau sebelum
ini dia tak boleh berjemur dibawah terik matahari kerana kepalanya cepat pening
dan berpinar, tapi kini kak yati mampu untuk berada dibawah terik matahari dan
tidak merasa berpinar lagi. Apa yang lebih menakjubkan, kak yati sudah tidak
mengambil panadol dengan kerap lagi. Kekerapan migraine yang menyerang kak yati
hanyalah 2 kali pada bulan selepas berbekam. Sehingga kini kak yati masih
mengamalkan bekam setiap bulan kerana merasa keberkesanan dari berbekam.
Alhamdulillah ada kesembuhan dalam berbekam. Kita berusaha Allah jualah yang menyembuhkannya. Azam kak Yati, dia akan berbekam sehingga beliau merasakan kesihatannya benar-benar pulih.
Anas bin Malik radhiallaahu ‘anhu
menceritakan bahawa : “Rasulullah SAW biasa melakukan hijamah pada pelipis dan
pundaknya (diatas kepala). Ia melakukannya pada hari ketujuh belas,
kesembilanbelas atau kedua puluh satu.” (Diriwayatkan oleh Ahmad).
Hubungi
kami untuk sebarang pertanyaan:
Najiha
Founder Hijama Secret
018-3106629


