Tuesday, April 8, 2014

 Adakah BEKAM DARAH menyakitkan?

TIDAK. Bekam darah tidak menyakitkan kerana kaedah ini menggunakan teknik moden yang mana darah dikeluarkan menggunakan sejenis peralatan canggih yang di panggil PEN BEKAM. Pen bekam ini bertujuan untuk mengeluarkan darah menggunakan sejenis jarum khas yang mana tusukan yang dilakukan adalah sangat laju sehingga membuatkan anda tidak sedar yang tusukan sedang berlaku keatas kulit anda. Kaedah tusukan ini mirip kepada kaedah ‘blood test’ atau ujian kencing manis yang mana tidak akan menyebabkan kesan-kesan pedih selepas proses pembekaman dilakukan. Namun begitu, ramai perawat professional bekam berpendapat rawatan menggunakan pisau.

Adakah SELAMAT melakukan kaedah bekam darah?

Faktor kebersihan adalah antara perkara utama yang dititik beratkan oleh para perawat bekam. Para perawat bekam akan menggunakan jarum pakai buang atau pisau pakai buang (bagi yang berbekam menggunakan pisau). Semua peralatan bekam (selepas dibasuh dengan cecair Dettol) akan disteril untuk menjaga kualiti kebersihan.

Apakah tarikh yang dianjurkan dan mampu memberi kesembuhan maksimum untuk rawatan bekam darah?

Tarikh yang dianjurkan Rasulullah s.a.w pada 17, 19 dan 21hb mengikut bulan islam.

Adakah bekam darah boleh dilakukan kepada semua individu?

Terdapat beberapa individu yang dilarang berbekam termasuklah:
o   Mereka yang terlalu lemah fizikalnya
o   Orang tua yang sangat uzur
o   Penghidap kanser darah
o   Penghidap tekanan darah rendah yang terlalu serius
o   Penghidap penyakit kulit yang serius
o   Wanita hamil (3 bulan pertama sahaja)
o   Wanita yang sedang dating bulan (haid)

Kaedah bekam yang manakah yang memberikan kesembuhan maksimum?

Bekam Darah memberikan kesembuhan maksimum kepada kepada pesakit. Teknik menyedut darah kotor dari permukaan kulit memberikan kesembuhan maksimum

Kaedah bekam manakah yang membolehkan pengamalnya mendapat pahala sekiranya dia amalkan?

Bekam Darah adalah sunnah.

Berapa kerap kita perlu mendapatkan rawatan bekam darah?

Bagi orang sihat, dianjurkan berbekam darah 1 bulan 1 kali dan bagi yang berpenyakit pula dianjurkan berbekam seminggu seklai untuk tiga kali sessi rawatan terturut-turut.

Apakah pantang larang selepas berbekam?

   Anda dianjurkan untuk tidak makan, mandi dan tidur selepas menjalani rawatan bekam. Untuk 2 jam berikutnya barulah anda boleh makan/tidur dan cuba elakkan memakan makanan yg menyebabkan kegatalan spt seafood, telur, dsbnya serta meminum ais untuk tempoh tiga hari selepas menjalani rawatan bekam bagi mendapatkan kesan yg lebih baik dan mujarab.


Apakah tips sebelum datang berbekam darah?
    Sebaik-baiknya membiarkan perut dalam keadaan kosong dua jam sebelum berbekam. Berbekam tidak boleh di dalam keadaan perut kenyang kerana dikhuatiri makanan yang baru diambil belum diproses sepenuhnya dan menyukarkan darah kotor untuk naik ke permukaan kulit. Biasanya sebelum proses rawatan, anda telah diingatkan supaya mengosongkan perut terlebih dahulu.


Berapa lama tempoh masa yang diambil untuk rawatan tersebut?

Biasanya untuk bekam sunnah di badan (10 cup) akan mengambil masa satu jam setengah dan bergantung kepada permintaan pelanggan serta banyaknya darah kotor yang disedut keluar. Jika darah yang disedut keluar sedikit sahaja akan memudahkan pembekam dan mengambil masa sekejap sahaja.

Adakah darah akan mengalir lagi setelah proses rawatan selesai?

Tidak. Darah akan berhenti secara automatik setelah dua kali sedutan dan keluarnya cecair putih dari badan pesakit menandakan proses rawatan ini telah selesai walaupun darah kotor masih byk. Sebab itulah pesakit digalakkan untuk datang lagi bagi sessi rawatan selanjutnya bagi membuang sisa2 darah kotor yang masih tertinggal dalam tempoh-tempoh tertentu bergantung kepada keadaan rawatan sebelumnya.

Apakah tanda2 yang dialami oleh pelanggan selepas rawatan bekam selesai?

Anda akan merasa sedikit gatal di tempat sedutan darah kotor tadi tetapi dalam tempoh yang singkat sahaja. Jangan digaru cuma gosok-gosok perlahan sahaja di tempat gatal itu. Bagi setengah orang akan merasa letih, lesu, sedikit demam bergantung kpd keadaan seseorang itu. Kesan2 ini akan hilang dalam masa yang singkat dan selepas itu badan akan terasa lebih ringan dan selesa.

Berapa lama tanda-tanda lebam di badan akan hilang?

Bagi rawatan bekam sunnah/darah akan mengambil masa 3 hari sehingga seminggu atau lebih awal daripada itu bergantung kepada keadaan seseorang. Bagi bekam angin (dry cupping) akan mengambil masa yang lebih lama daripada itu.

Bagaimana pula dengan rawatan RESDUNG? Adakah muka akan menjadi lebam kesan sedutan tersebut?

Tidak. Dengan syarat anda membuat rawatan asas di badan bagi membuang darah kotor terlebih dahulu. Selepas itu barulah rawatan resdung akan dibuat. Untuk rawatan ini, jarum akan dilaraskan ke tahap sederhana kerana kulit muka agak berbeza dengan kulit badan. Anda disarankan supaya tidak menjarakkan rawatan pertama dan kedua terlalu jauh bagi mendapatkan kesan yg lebih baik.



Posted by Najiha On 1:49 AM No comments

0 comments:

Post a Comment

  • Facebook
  • Youtube

    Blogger news

    Blogroll

    About

    Perkhidmatan yang kami tawarkan adalah:

    1) Bekam Sunnah
    2) Urut refleksologi
    3) Urut badan (wanita sahaja)
    4) Urut limpatik (wanita sahaja)

    Hubungi kami untuk sebarang konsultasi secara PERCUMA

    Call/SMS/WhatsApps/
    Latif : 011-2155 4945
    Najiha : 018-310 6629

    Like kami di facebook : www.facebook.com/HijamaSecret