Saturday, April 12, 2014

Teknik perubatan bekam adalah suatu proses bagi membuang darah kotor (toksin atau racun) yang berbahaya dari dalam tubuh melalui permukaan kulit.  Toksin adalah endapan racun atau zat kimia yang tidak dapat diurai oleh tubuh. Darah kotor adalah darah yang mengandungi toksin atau racun yang menyumbat peredaran dah sehingga sistem peredaran darah tidak dapat berjalan lancar.

Keadaan ini sedikit demi sedikit akan mengganggu kesihatan, samada dari segi fizikal mahupun mental. Akibatnya pesakit akan terasa lesu, murung, resah, ngilu, pening dan sentiasa berasa kurang sihat, cepat bosan dan mudah naik angin.

Ditambah pula dengan angin yang sukar dikeluarkan dari dalam tubuh, oleh yang demikian tubuh akan mudah terkena penyakit mulai dari yang akut (penyakit yang muncul secara tiba-tiba) seperti influenza sehingga penyakit degenerative (keturunan) seperti angina ahmar, darah tinggi, kanser, kencing manis, malah sehingga mengalami gangguan jiwa.

TOKSIN di dalam tubuh manusia adalah disebabkan oleh:

1.    Pencemaran udara
2.   Makanan fast food yang mengandungi bahan kimia yang tidak baik untuk tubuh seperti pengawet, pewarna, pati, perisa dan sebagainya.
3. Racun serangga (pestisid)yang terdapat pada sayur-sayuran yang kita makan contohnya insektisida, fungisida dan herbisida
4.    Tabiat buruk seperti merokok, waktu makan yang tidak teratur, makan makanan yang tidak seimbang, makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk, makanan yang terlalu masam dll.
5.  Ubat-ubatan yang mengandungi bahan kimia yang boleh menyebabkan kerosakan kepada organ atau mikrob yang normal dalam tubuh.
6.  Keadaan darah statik adalah antara penyebab toksin yang mana proses perjalanan darah tersekat. Antaranya mungkin disebabkan oleh:

a.    fizikal yang trauma akibat kemalangan, terjatuh, mengangkat sesuatu beban yang sangat berat, penggunaan pakaian yang sangat ketat sehingga menyebabkan peredaran darah tidak berjalan dengan lancar, mengikat rambut dengan terlalu lama dsb.
b.  Emosi yang tidak terkawal seperti selalu stress, risau takut atau marah yang menyebabkan pengeluaran adrenal berlebihan yang dapat membahayakan metabolism tubuh.
c. Diet yang tidak seimbang, kegemukan dan sering sembelit juga merupakan antara sebab keadaan darah static berlaku.

Bekam merupakan kaedah yang terbaik untuk mengeluarkan toksin dari badan kerana perubatan konvensional menumpukan perubatan untuk penyembuhan dan menahan sakit , walhal perubatan bekam bersifat membuang kekotoran dari dalam supaya sistem badan dapat bertindak balas dan memberi kesembuhan kepada pesakit. In
shaa Allah.

Berbekam pada hakikatnya bukanlah alternatif, namun berbekam merupakan perubatan berdasarkan sunnah Rasulullah s.a.w yang mempunyai hikmah luar biasa dari segi khasiatnya. Namun begitu, kita harus ingat bahawa penyembuhan penyakit adalah dari Allah Taala jua. Wallahualam

Sumber dari buku Manfaat Bekam bagi kesihatan dari Dr. Adil Akhyar LL.M terbitan Pustaka Azhar.



Posted by Najiha On 2:07 AM No comments

0 comments:

Post a Comment

  • Facebook
  • Youtube

    Blogger news

    Blogroll

    About

    Perkhidmatan yang kami tawarkan adalah:

    1) Bekam Sunnah
    2) Urut refleksologi
    3) Urut badan (wanita sahaja)
    4) Urut limpatik (wanita sahaja)

    Hubungi kami untuk sebarang konsultasi secara PERCUMA

    Call/SMS/WhatsApps/
    Latif : 011-2155 4945
    Najiha : 018-310 6629

    Like kami di facebook : www.facebook.com/HijamaSecret