Wednesday, March 19, 2014

Saya mengenali kak yati melalui husband saya, husband saya dan husband kak yati sekampung. Satu hari husband kak yati pm fb husband saya bertanyakan ada buat bekam untuk wanita ke, isterinya nak bekam sebab selalu sakit kepala dan migraine. Husband saya pun memaklumkan yang isterinya yakni saya juga boleh membekam.

Kali pertama membekam kak yati, kak yati request nak buat 10 cup sahaja dan 1 cup untuk kepala kerana dia selalu migraine. Saya tanya kak yati, sebelum ni ada pengalaman berbekam ke, dia cakap tak pernah. Selama ni kalau sakit dia hanya tanggung sendiri dan makan ubat tahan sakit atau paling kurang pun makan panadol. Satu papan panadol bermaksud 10 biji panadol boleh dihabiskan dalam masa 3 hari sahaja. Kebergantungan terhadap panadol sangatlah tinggi disebabkan tak tahan kepala yang selalu sakit. Ada masanya sakit kepala kak yati ni sampai menggangu masa tidur. Angin yang banyak dalam badan juga menyebabkan kak yati kerap kali terjaga malam kerana muntah angin.
Antara titik point bekam untuk migrain. Bekam dikepala akan menyebabkan kepala lebih ringan, mengurang dan merawat migrain dan juga mengurangkan stress. - Gambar ini bukanlah gambar kak yati ye. Gambar diambil dari pesakit yang merupakan salah satu pesakit yang selalu pening. Alhamdulillah penyakit beliau beransur pulih. 

Kali kedua berbekam saya ada bertanyakan kak yati adakah penyakit migraine dah beransur pulih. Alhamdulillah kata kak yati migraine yang menyerang kak yati sebulan yang lepas dah berkurangan. Kak Yati juga ada mengatakan kalau sebelum ini dia tak boleh berjemur dibawah terik matahari kerana kepalanya cepat pening dan berpinar, tapi kini kak yati mampu untuk berada dibawah terik matahari dan tidak merasa berpinar lagi. Apa yang lebih menakjubkan, kak yati sudah tidak mengambil panadol dengan kerap lagi. Kekerapan migraine yang menyerang kak yati hanyalah 2 kali pada bulan selepas berbekam. Sehingga kini kak yati masih mengamalkan bekam setiap bulan kerana merasa keberkesanan dari berbekam. Alhamdulillah ada kesembuhan dalam berbekam. Kita berusaha Allah jualah yang menyembuhkannya. Azam kak Yati, dia akan berbekam sehingga beliau merasakan kesihatannya benar-benar pulih.   

Anas bin Malik radhiallaahu ‘anhu menceritakan bahawa : “Rasulullah SAW biasa melakukan hijamah pada pelipis dan pundaknya (diatas kepala). Ia melakukannya pada hari ketujuh belas, kesembilanbelas atau kedua puluh satu.” (Diriwayatkan oleh Ahmad).



Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan:

Najiha
Founder Hijama Secret

018-3106629
Posted by Najiha On 3:10 AM No comments

0 comments:

Post a Comment

  • Facebook
  • Youtube

    Blogger news

    Blogroll

    About

    Perkhidmatan yang kami tawarkan adalah:

    1) Bekam Sunnah
    2) Urut refleksologi
    3) Urut badan (wanita sahaja)
    4) Urut limpatik (wanita sahaja)

    Hubungi kami untuk sebarang konsultasi secara PERCUMA

    Call/SMS/WhatsApps/
    Latif : 011-2155 4945
    Najiha : 018-310 6629

    Like kami di facebook : www.facebook.com/HijamaSecret